Mencari agensi SEO di Malaysia yang benar-benar boleh dipercayai bukan kerja mudah. Ramai agensi menjanjikan “ranking nombor satu” tetapi tidak pernah menunjukkan bukti sebenar dari segi trafik, pertumbuhan lead atau hasil jualan.
Untuk memudahkan carian anda, kami senaraikan lima agensi SEO di Malaysia yang mempunyai rekod prestasi kukuh dan ulasan Google yang sah daripada klien sebenar.
Mengapa Bisnes Anda Perlukan Agensi SEO?
Ramai pemilik perniagaan cuba uruskan SEO sendiri sebelum sedar yang ia memerlukan lebih masa dan kepakaran teknikal daripada yang dijangka. Berikut sebab utama agensi SEO memberi nilai yang sukar dicapai secara dalaman:
- Kepakaran teknikal berterusan. Algoritma Google kerap berubah, dan agensi SEO sangatlah memantau perubahan ini setiap hari sebagai kerja utama mereka.
- Jimat masa dan sumber. Membina team SEO dalaman memerlukan gaji, latihan dan alat berbayar yang mahal berbanding melantik agensi.
- Strategi berasaskan data. Agensi menggunakan alat seperti Semrush dan Ahrefs untuk kajian kata kunci dan analisis pesaing yang lebih mendalam.
- Hasil yang boleh diukur. Agensi profesional menyediakan laporan trafik, ranking dan lead secara berkala supaya anda nampak kesan sebenar pelaburan.
- Fokus kepada perniagaan teras. Anda boleh tumpukan tenaga kepada operasi dan jualan, manakala agensi uruskan sisi teknikal laman web.
Tanda-Tanda Laman Web Anda Perlukan Agensi SEO
Sesetengah masalah SEO tidak kelihatan sehingga ia menjejaskan trafik dan jualan. Berikut tanda yang perlu anda perhatikan:
- Trafik organik menurun atau tidak bergerak walaupun anda kerap kemas kini kandungan.
- Laman web anda tidak muncul dalam halaman pertama Google untuk kata kunci utama perniagaan anda. Lebih teruk lagi jika ia tidak langsung muncul di Google.
- Kadar bounce tinggi kerana laman web perlahan atau tidak mesra mudah alih.
- Anda tidak pasti kata kunci mana yang benar-benar membawa pelanggan.
- Pesaing anda konsisten muncul lebih tinggi dalam carian walaupun produk atau perkhidmatan mereka setanding.
- Anda tiada strategi kandungan yang jelas dan hanya menerbitkan artikel secara tidak berjadual.
Jika dua atau lebih tanda ini kedengaran biasa, mungkin sudah tiba masa untuk pertimbangkan agensi SEO yang berpengalaman.
5 Syarikat SEO di Malaysia
1. MackyClyde SEO

MackyClyde SEO ialah agensi SEO dan GEO yang diterajui ditubuhkan pada 2020 di Kuala Lumpur. Ibu pejabat mereka terletak di Bangsar, dan servis SEO mereka beroperasi di seluruh Malaysia dan Singapura,
Mackyclyde SEO ditubuhkan oleh Nnabuike Precious selaku Lead SEO Strategist yang menumpukan kepada SEO teknikal, pengoptimuman crawl dan atribusi hasil, serta Ang Zheng Yen selaku Lead SEO Strategist yang menumpukan kepada strategi kandungan, kuasa topikal dan Local SEO. Setiap projek bermula dengan audit teknikal dan pemeriksaan kesihatan website sebelum sebarang kerja pengoptimuman dijalankan, dan MackyClyde antara agensi pertama di Malaysia yang menawarkan generative engine optimisation (GEO) dalam salah satu servis utama SEO.
Lebih 85 jenama Malaysia merentasi 28 industri mempercayai MackyClyde, termasuk Allianz, Kaspersky, Socar, Tune Hotels, Trevo dan Bateriku. Antara hasil sebenar yang direkodkan ialah pertumbuhan trafik organik 143% dalam 6 bulan untuk Trevo, peningkatan keterlihatan 466% dalam 2 tahun untuk Upstack Studio, kira-kira 405% dalam 8 bulan untuk YoloFoods di Singapura, dan pertumbuhan trafik 302% dengan ranking Top 2 kebangsaan untuk Bateriku. Rekod prestasi ini disokong oleh lebih 40 ulasan klien yang disahkan merentasi Clutch, Google dan Sortlist.
Jika anda mahu SEO yang diukur berdasarkan hasil sebenar dan bukan sekadar laporan trafik, anda boleh mulakan dengan audit SEO percuma daripada MackyClyde.
Laman web: mackyclyde.com
Rating Google: 5.0 bintang (17 ulasan)
2. Primal

Primal ialah agensi pemasaran digital yang beroperasi dari KL Eco City, Kuala Lumpur, dan telah beroperasi sejak 2015. Mereka menumpukan kepada strategi berasaskan data untuk SEO, SEM, iklan Google dan Facebook, serta pengoptimuman kadar penukaran.
Kekuatan utama Primal terletak pada keupayaan analitik mereka. Pasukan sains data mereka menggunakan model atribusi lanjutan untuk membantu klien memahami kata kunci mana yang benar-benar menjana pelanggan yang menguntungkan, bukan sekadar trafik.
Primal lebih sesuai untuk perniagaan bersaiz sederhana dan besar yang mempunyai bajet pemasaran digital yang lebih substansial, memandangkan penentuan harga mereka mencerminkan kedudukan sebagai agensi bertaraf enterprise.
Laman web: primal.com.my
Rating Google: 4.9 bintang (34 ulasan)
3. LOCUS-T

LOCUS-T diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Agensi SEO Terbesar di Malaysia, dengan pengalaman lebih 25 tahun dan telah berkhidmat kepada lebih 7,000 klien merangkumi PKS dan syarikat multinasional.
Agensi ini menawarkan jaminan wang dikembalikan sekiranya sasaran ranking tidak tercapai dalam tempoh masa yang dipersetujui. Mereka juga memegang status Google Premier Partner dan Meta Business Partner.
Dengan lebih 200 ulasan Google, LOCUS-T mempunyai antara jumlah ulasan tertinggi dalam senarai ini, walaupun sebahagian ulasan menyebut isu komunikasi proaktif yang perlu dipertingkatkan.
Laman web: locus-t.com.my
Rating Google: 4.5 bintang (208 ulasan)
4. SEO.my
SEO.my beroperasi dari Bukit Bintang, Kuala Lumpur, dan menumpukan sepenuhnya kepada perkhidmatan SEO tanpa mencampurkan perkhidmatan pemasaran digital lain. Fokus tunggal ini membolehkan mereka kekal terkini dengan perubahan algoritma enjin carian.
Klien memuji SEO.my kerana strategi teknikal yang menyeluruh, terutamanya dalam sektor penjagaan kesihatan dan telekomunikasi. Mereka turut menawarkan perkhidmatan SEO label putih untuk syarikat pembangunan web yang ingin menawarkan SEO kepada klien mereka sendiri.
Dengan hampir 5.0 bintang daripada 75 ulasan, SEO.my kekal sebagai salah satu agensi dengan reputasi paling konsisten di Kuala Lumpur.
Laman web: seo.my
Rating Google: 4.9 bintang (75 ulasan)
5. 2Stallions

2Stallions ialah agensi pemasaran digital bertaraf antarabangsa yang beroperasi dari Bangsar South, Kuala Lumpur, dengan pengalaman lebih 12 tahun dan lebih 5,000 kempen berjaya merentasi Singapura, Malaysia, Indonesia dan India.
Mereka memegang status MSC melalui Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan merupakan rakan kongsi rasmi Google, TikTok dan Shopify, sesuatu yang menambah kredibiliti bagi jenama yang mahu bekerja dengan agensi bertaraf serantau.
Selain SEO, 2Stallions turut menawarkan servis SEM, pemasaran kandungan dan pembangunan web dalam satu bumbung, sesuai untuk perniagaan yang mahukan pasukan tunggal menguruskan keseluruhan strategi digital mereka.
Laman web: 2stallions.com.my
Rating Google: 5.0 bintang (9 ulasan)
Soalan Lazim Tentang Agensi SEO di Malaysia
Berapa kos perkhidmatan agensi SEO di Malaysia?
Kos berbeza mengikut skop kerja dan saiz laman web. Secara umum, agensi SEO di Malaysia mengenakan bayaran antara RM1,500 hingga RM6,000 sebulan untuk retainer berterusan, manakala audit sekali sahaja boleh bermula dari beberapa ratus ringgit.
Berapa lama masa untuk lihat hasil daripada SEO?
Kebanyakan perniagaan mula nampak pergerakan trafik dalam masa 30 hingga 90 hari selepas isu teknikal dibaiki dan kandungan diterbitkan. Hasil dari segi lead dan jualan biasanya muncul antara bulan ketiga hingga kelima kempen aktif.
Adakah agensi SEO boleh jamin ranking nombor satu di Google?
Tidak ada agensi yang boleh jamin kedudukan tepat kerana Google mengubah algoritma ranking secara berterusan. Agensi yang jujur akan fokus kepada peningkatan trafik, lead dan konversi yang boleh diukur, bukan janji ranking mutlak.
Apa beza Local SEO dengan SEO biasa?
Local SEO menumpukan kepada carian berasaskan lokasi seperti Google Business Profile, sitasi dan ulasan pelanggan, sesuai untuk perniagaan yang bergantung kepada pelanggan berdekatan. SEO biasa pula meliputi strategi kandungan dan teknikal yang lebih luas untuk trafik kebangsaan atau global.
Bagaimana saya nilai jika agensi SEO benar-benar berkesan?
Semak laporan bulanan mereka dari segi trafik organik, ranking kata kunci utama dan jumlah lead atau pertanyaan yang dijana. Agensi yang telus akan tunjukkan data sebenar daripada Google Search Console dan Google Analytics, bukan sekadar carta ranking.
Pilih SEO Agensi Anda Sekarang!
Setiap agensi dalam senarai ini mempunyai kekuatan berbeza. LOCUS-T sesuai untuk perniagaan yang mahukan skala dan pengalaman lama. Primal sesuai untuk jenama enterprise dengan bajet besar. SEO.my dan 2Stallions pula menawarkan kepakaran khusus dengan harga yang lebih telus. Jika keutamaan anda adalah SEO yang diukur terus kepada hasil perniagaan, bukan sekadar laporan ranking bulanan, strategi SEO fokus hasil daripada MackyClyde adalah tempat yang baik untuk mula.